Tidak. Segala maklumat mengenai konvokesyen akan dimuat naik di Portal MK26. Justeru semua bakal graduan dinasihatkan supaya sentiasa melawat Portal MK26 bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai konvokesyen.
Graduan boleh menangguhkan kehadiran ke Majlis Konvokesyen yang terdekat dengan syarat beliau mempunyai alasan yang munasabah. Permohonan penangguhan hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada Pendaftar dengan kadar segera.
Boleh. Sila hubungi Sekretariat Konvokesyen melalui emel secretariat_konvo@oum.edu.my. Harga satu (1) set Pakaian Akademik adalah bergantung kepada kategori iaitu Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah.
Terdapat beberapa faktor yang diambil kira semasa penyusunan graduan dan sidang. Justeru, pertukaran sidang TIDAK dibenarkan sama sekali.
TIDAK. Jumlah tempat duduk di dalam dewan adalah terhad dan setiap graduan hanya dibekalkan 2 keping kad iaitu untuk 2 orang tetamu sahaja. Walau bagaimanapun, tetamu yang tidak dapat masuk ke dalam dewan boleh menonton skrin besar yang disediakan di luar Dewan.
Permohonan gantian Transkrip yang rosak boleh dibuat dengan menghubungi Bahagian Penilaian & Peperiksaan. Walau bagaimanapun tiada gantian untuk skrol.
Bagi graduan yang memerlukan bantuan khas – berkerusi roda, cacat penglihatan, tercedera dan sebagainya, sila hubungi Sekretariat Konvokesyen melalui e-mail secretariat_konvo@oum.edu.my
Ya. Sekiranya tetamu memerlukan perhatian khas seperti berkerusi roda, uzur dan sebagainya, graduan boleh ke Kaunter Pertanyaan atau berhubung terus dengan mana-mana Petugas pada hari Konvokesyen. Tempat duduk khas akan disediakan untuk keselesaan tetamu berkenaan.