Tuntutan Skrol Dan Transkrip

Maklumat Penting mengenai Sijil Ijazah/Diploma dan Transkrip Akademik Rasmi

  1. Cetakan nama graduan di dokumen seperti yang dinyatakan di atas, adalah berdasarkan rekod graduan sedia ada (seperti tertera di portal MyOUM>StudentProfile). Bayaran akan dikenakan bagi cetakan semula ijazah dan transkrip akademik sekiranya terdapat pembetulan maklumat.
  2. Sijil Ijazah/Diploma dan Transkrip Akademik akan diedarkan kepada graduan selepas pakaian akademik dipulangkan dalam keadaan baik. Graduan perlu menjelaskan semua bayaran tertunggak sebelum menuntut sijil Ijazah/Diploma dan Transkrip Akademik. Sila kemukakan kad pengenalan semasa sesi tuntutan.
  3. Graduan dinasihatkan supaya menyimpan sijil ijazah/diploma dengan selamat kerana  sijil gantian tidak akan dikeluarkan
  4. Bagi Graduan yang tidak hadir ke MK28, tuntutan boleh dilakukan melalui cara berikut:

Perkara Bayaran Tarikh/Masa Tempat
Tuntutan secara serahan tangan

*sila bawa slip bayaran untuk rujukan

RM90.00 30 Okt – 5 Nov 2024
* termasuk Sabtu & Ahad
9.00 pagi –4.00 petang

-31 Okt 2023:
TUTUP (Deepavali)

Aras Bawah, Menara OUM Kelana Jaya
Mulai 6 November 2024

Isnin – Khamis
9.00 pagi – 4.00 petang

Jumaat
1.00 petang – 12.00 tengahari

REHAT
1.00 – 2.00 ptg

Bahagian Penilaian, Aras 9 Menara OUM
Tuntutan melalui pos laju RM100.00
  • Sila emel permohonan kepada haslita_atan@oum.edu.my beserta salinan kad pengenalan dan slip bayaran.
  • Bayaran yang dikenakan hanya untuk penghantaran domestik sahaja (termasuk sabah dan Sarawak).
  • Bagi penghantaran ke luar negara, bayaran mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh syarikat kurier.
  • Sila kemaskini alamat penghantaran di dalam sistem pengesahan kehadiran.
  • Pengeposan akan dilakukan secara berperingkat mulai 2 Disember 2024.

Tuntutan melalui wakil

  1. Sila isi borang pengambilan melalui wakil di sini
  2. Borang tersebut hendaklah ditandatangani oleh seorang saksi, terdiri daripada pegawai sektor awam berjawatan kumpulan A atau Pesuruhjaya Sumpah.
  3. Sila lampirkan salinan dokumen pengenalan diri (pemohon dan wakil) bersama dengan borang tersebut dan diserahkan kepada petugas OUM ketika menuntut.
  4. Pihak OUM berhak untuk menolak permohonan tersebut jika didapati ianya tidak lengkap.
  5. Tuntutan bagi pihak oleh wakil dan penghantaran melalui pos amat tidak digalakkan atas dasar keselamatan dan kerahsiaan. Selain itu, tiada jaminan yang dokumen ini akan sampai ke tangan graduan. OUM tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan dokumen berkenaan.

Maklumat Penting

Graduan

Tetamu