Maklumat Majlis Konvokesyen ke 26
Adalah dimaklumkan bahawa MK26 akan diadakan pada 1 – 4 Oktober 2022 (Sabtu – Selasa) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (WTC), Kuala Lumpur.
Berikut adalah perkara-perkara penting untuk perhatian bakal-bakal Graduan:
- Kategori pelajar yang layak bergraduat pada MK26 adalah seperti berikut:
Kategori | Catatan |
---|---|
PASCA-SISWAZAH
(a) Ijazah PhD dan Kedoktoran (b) Sarjana dan Ijazah Kedoktoran |
Telah menyempurnakan pengajian sehingga semester Januari 2022 dan menghantar disertasi / tesis akhir sebelum 15 April 2022. |
PRA-SISWAZAH
(a) Sarjana Muda dan Diploma |
Telah menyempurnakan pengajian sehingga semester Januari 2022 dan menghantar projek / praktikum / latihan industri sebelum 15 April 2022; |
- Pengesahan berkaitan status pengijazahan dan sidang boleh disemak di portal MK26 : https://convocation.oum.edu.my/ mengikut ketetapan seperti berikut:
Perkara | Tarikh Semakan |
---|---|
Kelayakan Bergraduat |
Tamat pengajian pada semester Mei dan September 2021 Tamat pengajian pada semester Januari 2022 |
Paparan Sidang/Sesi Konvokesyen | Mulai 1 September 2022 secara berperingkat |
- Ejaan nama pelajar yang tertera dalam portal MK26 akan dicatatkan dalam sijil/ijazah/diploma dan transkrip akademik rasmi. Oleh itu, pelajar diminta menyemak dan memastikan ejaan nama dan nombor pelajar adalah betul. Sebarang pindaan perlu dibuat melalui myOUM (klik myProfile) untuk kemaskini sebelum 30 April 2022.
- Kadar yuran konvokesyen adalah RM400 untuk semua graduan.
- Para pelajar juga dinasihatkan merujuk myAcademic Progress di portal myOUM untuk menentukan status pengajian masing-masing.
- Graduan hanya diberi peluang sekali sahaja untuk menyertai Majlis Konvokesyen yang mana nama graduan telah tersenarai bagi Majlis Konvokesyen yang berkenaan. Ini bermakna penangguhan tidak dibenarkan.
- Hanya bakal graduan yang telah melunaskan yuran pengajian serta lain-lain yuran, termasuk yuran konvokesyen akan dibenarkan menyertai Majlis Konvokesyen.
- Graduan dinasihati supaya sentiasa merujuk portal MK26 untuk mendapatkan maklumat yang terkini dan memuat turun maklumat berkenaan serta mengambil tindakan yang perlu bagi mengelakkan sebarang masalah dan kesulitan.
SOP Majlis Konvokesyen
- Majlis Konvokesyen Khas akan dijalankan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan dan tertakluk kepada arahan terkini daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
- SOP juga termasuk prosedur dan arahan daripada pihak WTC.
- Bagi mengelak jangkitan COVID-19, Graduan dan Tetamu yang mempunyai status seperti berikut tidak dibenarkan hadir:
-
- Kes yang disahkan;
- Kes suspek;
- Kontak rapat; dan
- Individu dalam pemantauan.
-
- Semua Graduan dan Tetamu perlu sentiasa menjaga SOP yang telah ditetapkan iaitu memakai 2 pelitup (double mask) dan menjaga penjarakan sosial sepanjang majlis konvokesyen berlangsung bagi memastikan keselamatan dan mengelakkan risiko penularan COVID-19.