Pengambilan Pakaian Akademik & kad Pintar

  1. Sila bawa dokumen berikut semasa sesi pengambilan pakaian akademik dan kad pintar:
    • Kad pengenalan (myKad)
    • Slip/resit pembayaran (akan diminta sekiranya perlu)
  2. Bagi pengambilan melalui wakil, sila isi borang kebenaran dan sertakan salinan kad pengenalan graduan dan wakil.
  3. Graduan/wakil yang berstatus positif Covid-19 dalam tempoh yang dinyatakan di atas TIDAK dibenarkan hadir pada sesi pengambilan pakaian akademik bagi mengelak jangkitan kepada Graduan lain.
  4. Sila baca semua arahan dan maklumat berkaitan dengan pengambilan pakaian akademik yang diletakkan di pintu masuk menuju ke bilik pengambilan.
  5. Saiz pakaian akademik adalah TERHAD. Sila hadir awal dan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
  6. Mencuba dan menukar saiz pakaian akademik adalah TIDAK dibenarkan.
  7. Sebelum meninggalkan kaunter, sila pastikan barang-barang tersebut diterima dengan lengkap:
    • Set pakaian akademik (jubah, selendang dan topi) mengikut kategori Diploma, Sarjana Muda, Sarjana atau Kedoktoran;
    • Kad pintar
    • 2 keping kad jemputan tetamu
    • Beg silang OUM
    • Beg Konvokesyen

Jadual Pengambilan Pakaian Akademik

Graduan Tarikh Pengambilan Masa & Tempat
Graduan Sidang 1 dan 2 25 Oktober 2024 (Jumaat) 8.00 pagi – 5.00 petang
Bilik Perhentian dan Redang
Aras 3, WTC Kuala Lumpur
Graduan Sidang 3 dan 4 26 Oktober 2024 (Sabtu)
Graduan Sidang 5 dan 6 27 Oktober 2024 (Ahad)
Graduan Sidang 7 dan 8 28 Oktober 2024 (Isnin)

Prosedur

Cara Pemakaian Pakaian Akademik

Maklumat Penting

Graduan

Tetamu