Majlis Konvokesyen ke 28

Setinggi-tinggi tahniah kepada semua pelajar atas kejayaan menamatkan pengajian di OUM! Bagi meraikan kejayaan anda semua, dimaklumkan bahawa Majlis Konvokesyen ke-28 akan diadakan pada 26 – 29 Oktober 2024 (Sabtu – Selasa) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Berikut adalah perkara-perkara penting untuk perhatian bakal-bakal Graduan.

  1. Kategori pelajar yang layak bergraduat pada MK28
Kategori Catatan
PASCA-SISWAZAH

Ijazah PhD dan Kedoktoran

  • Telah menyempurnakan pengajian sehingga semester Januari 2024.
  • Menghantar laporan pembetulan Viva (PGR09-2: POST VIVA CORRECTION REPORT BY STUDENT) sebelum atau pada  15 April 2024.
Sarjana
  • Telah menyempurnakan pengajian sehingga semester Januari 2024.
  • Menghantar laporan projek/ praktikum/ latihan industri/ internship sebelum atau pada 15 April 2024.
PRA-SISWAZAH

Sarjana Muda dan Diploma

  • Telah menyempurnakan pengajian sehingga semester Januari 2024.
  • Menghantar laporan projek/ praktikum/ latihan industri/ internship sebelum atau pada 15 April 2024.
  1. Pengesahan berkaitan status pengijazahan dan sidang boleh disemak di portal MK28 pada ketetapan seperti berikut:
Perkara Tarikh Semakan
Semakan kelayakan bergraduat Tamat pengajian pada semester Mei 2023
Mulai 2 April 2024, secara berperingkat.
Tamat pengajian pada semester September 2023
Mulai 7 Mei 2024, secara berperingkat.
Tamat pengajian pada semester Januari 2024
Mulai 3 September 2024, secara berperingkat.
Paparan Sidang/Sesi Konvokesyen Mulai 3 September 2024, secara berperingkat.
  1. Butiran peribadi seperti berikut akan dicatatkan dalam sijil ijazah/diploma dan transkrip akademik rasmi. Oleh itu pelajar perlu menyemak melalui myOUM>Student Profile>Biodata (seperti contoh paparan di bawah) dan memastikan perkara berikut adalah betul:
    • Ejaan nama sama seperti kad pengenalan;
    • Nombor matrik;
    • Jantina; dan
    • Warganegara

    Sebarang pindaan perlu dimaklumkan melalui emel muhamadomar@oum.edu.my bersama dengan salinan kad pengenalan atau passport untuk kemaskini selewat-lewatnya pada 31 Mac 2024. Caj akan dikenakan sekiranya pindaan dilakukan selepas tarikh tersebut.

  1. Kadar yuran konvokesyen adalah RM400 untuk semua graduan.
  2. Para pelajar juga dinasihatkan merujuk myAcademic Progress di portal myOUM untuk menentukan status pengajian masing-masing.
  3. Graduan hanya diberi peluang sekali sahaja untuk menyertai Majlis Konvokesyen yang mana nama graduan telah tersenarai bagi Majlis Konvokesyen yang berkenaan. Ini bermakna penangguhan tidak dibenarkan.
  4. Hanya bakal graduan yang telah melunaskan yuran pengajian serta lain-lain yuran, termasuk yuran konvokesyen akan dibenarkan menyertai Majlis Konvokesyen.
  5. Graduan dinasihati supaya sentiasa merujuk portal MK28 untuk mendapatkan maklumat yang terkini dan memuat turun maklumat berkenaan serta mengambil tindakan yang perlu bagi mengelakkan sebarang masalah dan kesulitan.
Kami amat mengalu-alukan kehadiran semua pelajar ke MK28 pada bulan Oktober ini. Sebarang pertanyaan, sila majukan kepada secretariat_konvo@oum.edu.my. Tahniah dan Syabas kerana telah menjadi sebahagian daripada keluarga Alumni OUM!

Terima kasih.

Sekretariat Majlis Konvokesyen

Maklumat Penting

Graduan

Tetamu

Hubungi