Sistem Kajian Pengesanan Graduan

Setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan cemerlang anda menamatkan pengajian di OUM!

Untuk makluman, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mempunyai sebuah pangkalan data bagi menyimpan maklumat graduan di seluruh negara. Pihak Kementerian telah menetapkan bahawa semua institusi pengajian tinggi (IPT) mesti menjalankan Kajian Pengesanan Graduan pada setiap Majlis Konvokesyen masing-masing.

Kajian ini bertujuan mengukur persepsi graduan terhadap program akademik dan sistem pengajian di IPT di samping mendapatkan maklumat berhubung dengan kebolehkerjaan, kebolehpasaran dan kemajuan kerjaya di kalangan para graduan. Untuk tujuan ini, KPM telah menyediakan satu borang soal selidik dan semua graduan WAJIB mengisi soal selidik tersebut dalam talian sebelum hadir ke majlis konvokesyen.

Soal selidik ini boleh mula dilayari di portal Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG 1) DIJANGKA bermula dari 21 April 2025 (Isnin) dan akan berakhir pada 31 Mei 2025 (Sabtu).

Berikut adalah  panduan untuk mengisi soal selidik tersebut:

  1. Layari portal SKPG di pautan https://graduan.mohe.gov.my/skpg25/
  2. Di laman utama, sila klik pada butang Log Masuk untuk akses SKPG.
  3. Untuk tukar bahasa, sila klik ikon bendera di atas ruang kanan.
  4. Masukkan No Kad Pengenalan / Pasport / No Tentera.
  5. Taip nama institusi, “Open University Malaysia”.
  6. Klik “Hantar”.
  7. Isi soal selidik mengikut arahan yang dipaparkan.
  8. Simpan resit sebagai bukti telah melengkapkan soal selidik.

Kegagalan melengkapkan kaji selidik ini akan menyebabkan maklumat anda tidak dapat dikemaskini dalam pangkalan data KPT.

Sebarang pertanyaan berkenaan kaji selidik ini boleh diajukan kepada Cik Syarifah Hidayatul Binti Syed Husain melalui emel syarifah_hidayatul@oum.edu.my