Tatasusila Majlis

Majlis Konvokesyen adalah majlis rasmi dan semua yang terlibat hendaklah menghormati dan mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan agar majlis dapat dilangsungkan dengan sempurna.

Pakaian Graduan Lelaki Pakaian Graduan Perempuan Pakaian Tetamu Pakaian dilarang
  • Pakaian kebangsaan
  • Lounge suite
  • Kemeja lengan panjang dan bertali leher
  • Seluar panjang (gelap)
  • Kasut kulit berwarna gelap
  • Baju Kebangsaan
  • Baju berlengan panjang dan skirt melebihi paras lutut.
  • Kasut Tertutup (court shoes)
  • Graduan yang bertudung hendaklah memakai tudung dengan kemas.
  • Rambut yang panjang hendaklah diikat/ disanggul dengan kemas
  • Pakaian kebangsaan
  • Lounge suite
  • Kemeja lengan panjang
  • Seluar panjang (gelap)
  • Baju Kurung
  • Jeans
  • Sandal/Kasut Sukan
  • Baju Lengan Pendek
  • Pakaian kurang sopan dan menjolok mata
  • Skirt pendek atas paras lutut/ berbelah terlalu tinggi

Maklumat Pergerakan Pada Hari Konvokesyen

  1. BAGI GRADUAN YANG HADIR
    • Graduan perlu berkumpul di Anjung Merdeka seawal jam 7.30 pagi (Sidang pagi) dan 12.30 tengah hari (Sidang petang).
    • Sila pastikan Graduan membawa set pakaian akademik dan kad pintar pada hari konvokesyen. Graduan yang tidak memakai set pakaian akademik dan tiada Kad Pintar tidak akan dibenarkan masuk ke dalam dewan dan naik ke pentas.
    • Graduan tidak dibenarkan membawa barangan peribadi ke dalam dewan selain kad pintar. Pihak OUM tidak bertanggungjawab sekiranya ada kehilangan barang.
    • Sila patuhi arahan etika berpakaian yang dinyatakan di dalam video. Video boleh diakses dari portal konvokesyen dan juga pada hari pengambilan pakaian akademik.
    • Sentiasa patuh pada arahan semasa sop COVID-19 yang ditetapkan bagi memastikan keselamatan semua yang hadir.
  1. BAGI TETAMU YANG HADIR
    • Tetamu akan dibenarkan masuk ke dalam Dewan seawal jam 8.00 pagi (Sidang pagi) dan 1.30 petang (Sidang petang).
    • Sila pastikan anda membawa pas masuk. Tetamu yang tidak mempunyai pas TIDAK akan dibenarkan masuk ke dalam dewan.
    • Sila patuhi arahan etika berpakaian yang dinyatakan pada pas masuk. Tetamu yang tidak mengikut etika berpakaian seperti yang dinyatakan TIDAK akan dibenarkan masuk ke dalam dewan.
    • Bagi tetamu yang menunggu diluar dewan, skrin tayangan ada disediakan di Ruang Legar Aras 5.
    • Para tetamu diminta untuk sentiasa patuh pada arahan semasa sop COVID-19 yang ditetapkan bagi memastikan keselamatan semua yang hadir.
  2. PERATURAN DALAM DEWAN
    • Duduk di tempat yang disediakan
    • Tidak dibenarkan keluar dewan sehingga majlis tamat
    • Tidak dibenarkan membawa kamera.
    • Telefon bimbit hendaklah dalam keadaan “silent mode”
    • Tidak dibenarkan masuk ke dewan sekiranya tidak mematuhi peraturan berpakaian

Kad Jemputan Ahli Keluarga

  1. Graduan dibenarkan membawa Dua orang ahli keluarga hadir ke Majlis Konvokesyen ke-26.
    • mesti telah lengkap divaksin (lengkap tempoh); dan
    • bukan daripada kalangan mereka yang berisiko tinggi terhadap jangkitan COVID-19
  2. Sila pastikan tetamu membawa Kad Jemputan masing-masing semasa menghadiri majlis.
  3. Tetamu hendaklah berpakaian kemas dan sopan serta digalakkan untuk membawa baju sejuk.
  4. Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan hadir ke Majlis Konvokesyen Khas.
  5. Tetamu hanya dibenarkan mengambil gambar/video dari tempat duduk masing-masing sahaja sepanjang majlis berlangsung.
  6. Telefon bimbit perlu diletakkan di mod senyap sepanjang berada di dalam Dewan.
  7. Para tetamu tidak digalakkan keluar Dewan ketika majlis sedang berlangsung
< Pengambilan Pakaian Akademik
Selepas Majlis Konvokesyen >