Protokol Mk28 Bagi Ibu Bapa/Tetamu
- Tetamu akan dibenarkan masuk ke dalam Dewan seawal jam 8.00 pagi (Sidang pagi) dan 1.30 petang (Sidang petang).
- Sila pastikan anda membawa kad jemputan. Tetamu yang tidak mempunyai kad jemputan TIDAK akan dibenarkan masuk ke dalam dewan.
- Sila patuhi arahan etika berpakaian yang dinyatakan pada pas masuk. Tetamu yang tidak mengikut etika berpakaian seperti yang dinyatakan TIDAK akan dibenarkan masuk ke dalam dewan.
- Kanak-kanak yang berumur bawah 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan.
- Ibu bapa/tetamu dibenarkan mengambil gambar dan video dari tempat duduk sahaja semasa majlis sedang berlangsung.
- Sila pastikan telefon bimbit berada di dalam mod senyap sepanjang majlis berlangsung.
- Bagi tetamu yang menunggu diluar dewan, skrin tayangan ada disediakan di Ruang Legar Aras 5.
- Para tetamu diminta untuk sentiasa patuh pada arahan semasa sop COVID-19 yang ditetapkan bagi memastikan keselamatan semua yang hadir.