Pengambilan Pakaian Akademik & kad Pintar
- Sila bawa dokumen berikut semasa sesi pengambilan pakaian akademik dan kad pintar:
- Kad pengenalan (myKad)
- Slip/resit pembayaran (akan diminta sekiranya perlu)
- Bagi pengambilan melalui wakil, sila isi borang kebenaran dan sertakan salinan kad pengenalan graduan dan wakil.
- Graduan/wakil yang berstatus positif Covid-19 dalam tempoh yang dinyatakan di atas TIDAK dibenarkan hadir pada sesi pengambilan pakaian akademik bagi mengelak jangkitan kepada Graduan lain.
- Sila baca semua arahan dan maklumat berkaitan dengan pengambilan pakaian akademik yang diletakkan di pintu masuk menuju ke bilik pengambilan.
- Saiz pakaian akademik adalah TERHAD. Sila hadir awal dan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
- Mencuba dan menukar saiz pakaian akademik adalah TIDAK dibenarkan.
- Sebelum meninggalkan kaunter, sila pastikan barang-barang tersebut diterima dengan lengkap:
-
- Set pakaian akademik (jubah, selendang dan topi) mengikut kategori Diploma, Sarjana Muda, Sarjana atau Kedoktoran;
- Kad pintar
- 2 keping kad jemputan tetamu
- Beg silang OUM
- Beg Konvokesyen
Jadual Pengambilan Pakaian Akademik
Graduan | Tarikh Pengambilan | Masa & Tempat |
---|---|---|
Graduan Sidang 1 dan 2 | 25 Oktober 2024 (Jumaat) | 8.00 pagi – 5.00 petang Bilik Perhentian dan Redang Aras 3, WTC Kuala Lumpur |
Graduan Sidang 3 dan 4 | 26 Oktober 2024 (Sabtu) | |
Graduan Sidang 5 dan 6 | 27 Oktober 2024 (Ahad) | |
Graduan Sidang 7 dan 8 | 28 Oktober 2024 (Isnin) |