Sistem Kajian Pengesanan Graduan
Para Graduan yang Dihormati,
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan atas kejayaan anda menamatkan pengajian di Open University Malaysia (OUM). Kejayaan ini adalah hasil usaha dan komitmen anda sepanjang tempoh pengajian.
Bersempena dengan Majlis Konvokesyen OUM ke-30 (MK30), semua graduan diwajibkan untuk melengkapkan Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) yang diselaraskan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Tuan/puan boleh mengakses dan melengkapkan kajian tersebut dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
- Akses portal SKPG https://graduan.mohe.gov.my/SKPG26
- Di laman rasmi SKPG:
- Untuk menukar bahasa, sila klik ikon bendera di penjuru kanan atas
- Kemudian, klik butang “Log Masuk”
- Di bahagian log masuk, sila lengkapkan maklumat seperti berikut:
- No. Kad Pengenalan / Pasport / Tentera
- Nama Institusi: OUM | OPEN UNIVERSITY MALAYSIA
- Seterusnya, klik “HANTAR” dan teruskan untuk melengkapkan kesemua tujuh (7) bahagian dengan teliti
- Setelah selesai, sila semak dan simpan slip kajian untuk rujukan
Peringatan Penting:
Setelah menekan butang “Seterusnya”, tuan/puan TIDAK boleh kembali ke bahagian sebelumnya. Sila pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap dan tepat sebelum meneruskan.
Mohon kerjasama tuan/puan untuk melengkapkan kajian ini sebelum 09 Mei 2026 bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan kajian ini, sila hubungi Ms Azleen Ismail di azleen_ismail@oum.edu.my
Penyertaan tuan/puan amat berharga dalam membantu meningkatkan kualiti dan kerelevanan program OUM.
Yang benar,
Pusat Hal Ehwal Pelajar (CLA)
Open University Malaysia