Sistem Kajian Pengesanan Graduan

PENTING: Lengkapkan Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) Sebelum 20 Oktober 2026

Para Graduan yang Dihormati,

Tahniah atas kejayaan anda menamatkan pengajian di OUM!

Bersempena dengan Majlis Konvokesyen OUM ke-31 (MK31), semua graduan diwajibkan melengkapkan Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Cara melengkapkan kajian:

  1. Layari portal SKPG: https://graduan.mohe.gov.my/SKPG26
  2. Klik ikon bendera (penjuru kanan atas) untuk menukar bahasa jika perlu, kemudian klik “Log Masuk”..
  3. Masukkan No. Kad Pengenalan/Pasport/Tentera dan pilih OUM | OPEN UNIVERSITY MALAYSIA..
  4. Klik “HANTAR” dan lengkapkan kesemua tujuh (7) bahagian.
  5. Setelah selesai, simpan slip kajian untuk rujukan.

 

PENTING: Anda tidak boleh kembali ke bahagian sebelumnya selepas menekan butang “Seterusnya”. Sila semak jawapan anda sebelum meneruskan.

Tarikh Akhir: 20 Oktober 2026

Untuk bantuan lanjut, sila hubungi Pn Azleen Ismail melalui e-mel azleen_ismail@oum.edu.my..

Terima kasih atas kerjasama anda dan sekali lagi, tahniah!

Salam hormat,
Pusat Hal Ehwal Pelajar (CLA)
Open University Malaysia