Transkrip

Sijil Ijazah/Diploma dan Transkrip Akademik Rasmi

  1. Cetakan nama graduan di dokumen seperti yang dinyatakan di atas, adalah berdasarkan rekod graduan sedia ada (seperti tertera di portal myVLE>myProfile). Sebarang pembetulan maklumat, bayaran akan dikenakan bagi permohonan cetakan semula ijazah dan transkrip akademik.

  2. Graduan boleh menuntut Sijil Ijazah/Diploma dan Transkrip Akademik di dewan konvokesyen pada hari majlis konvokesyen berlangsung semasa sesi pemulangan pakaian akademik.

    Graduan yang ingin menuntut Sijil Ijazah/Diploma dan Transkrip Akademik selepas tarikh konvokesyen, mereka boleh berbuat demikian di Pusat Pembelajaran masing-masing (waktu pejabat). Graduan dinasihatkan untuk menghubungi Pusat Pembelajaran bagi memastikan Sijil Ijazah/Diploma dan Transkrip Akademik telah sedia ada untuk dituntut.

    Bagi graduan yang telah mendapat kelulusan untuk bertukar lokasi majlis konvokesyen, Sijil Ijazah/Diploma dan Transkrip Akademik perlu diambil di Pusat Pembelajaran asal graduan. Bagi graduan dari PP Bangi, PP Shah Alam, PP Petaling Jaya dan PP Sri Rampai, Sijil Ijazah/Diploma dan Transkrip Akademik perlu dituntut di OUM Kampus Utama atau OUM Kelana Jaya (rujuk jadual Pemulangan Jubah dan Pengambilan Sijil/Transkrip Akademik).

    Graduan perlu mengemukakan dokumen pengenalan diri (Kad pengenalan/kad matrik) semasa sesi pengambilan sijil dan transkrip akademik, memastikan pakaian akademik telah dipulangkan dan melangsaikan semua bayaran tertunggak (jika ada) kepada pihak unversiti.

  3. Pengambilan Bagi Pihak melalui Wakil(Sila muat turun Borang Pengambilan Sijil dan Transkrip Akademik bagi Pihak)
    • Borang tersebut hendaklah ditandatangani oleh seorang saksi, terdiri daripada pegawai sektor awam berjawatan kumpulan A atau Pesuruhjaya Sumpah.
    • Sila lampirkan salinan dokumen pengenalan diri (pemohon dan wakil) bersama dengan Borang tersebut dan diserahkan kepada petugas OUM.
    • Sila lampirkan salinan resit bayaran bagi graduan yang tidak hadir Majlis Konvokesyen atas kadar RM90.00 seorang
    • Pihak OUM berhak untuk menolak permohonan tersebut jika didapati ianya tidak lengkap.

  4. Penghantaran melalui Poslaju
    • Permohonan penghantaran melalui Poslaju hendaklah melampirkan bersama:

  5. Borang Permohonan Penghantaran Sijil dan Transkrip Akademik (sila muat turun borang tersebut),

  6. Salinan kad pengenalan

  7. Salinan resit untuk bayaran bagi graduan yang tidak hadir Majlis Konvokesyen atas kadar RM100.00 seorang.
    • • Sijil dan Transkrip Akademik akan diposkan terus ke alamat surat menyurat pemohon menggunakan perkhidmatan Poslaju. Oleh itu, sila pastikan alamat yang betul dan tepat bagi mengelakkan masalah penghantaran.

  8. Pengambilan bagi pihak oleh wakil dan penghantaran melalui pos amat tidak digalakkan atas dasar keselamatan dan kerahsiaan. Selain itu, tiada jaminan yang dokumen ini akan sampai ke tangan graduan. OUM tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan dokumen berkenaan.

  9. Graduan dinasihatkan supaya menyimpan sijil ijazah/diploma dengan selamat kerana sijil gantian tidak akan dikeluarkan