Pengambilan Pakaian Akademik

1. Jadual Pengambilan Pakaian Akademik :

TARIKH

MASA

GRADUAN IKUT SIDANG

LOKASI PENGAMBILAN

21 Sept 2018 (Jumaat)

8.00 pagi – 5.00 petang

Sidang 1 & 2

Kampus Induk OUM

Jalan Tun Ismail
50480 Kuala Lumpur

22 Sept 2018 (Sabtu)

8.00 pagi – 5.00 petang

Sidang 3

Kampus Induk OUM

Jalan Tun Ismail
50480 Kuala Lumpur

 

2. Sila bawa dokumen berikut semasa mengambil pakaian akademik:

  • Kad Pengenalan (myKad)
  • Slip/resit pembayaran
  • Borang Perjanjian Pembiayaan Pendidikan Guru KPM-BPG (kepada yang masih belum menghantar)

 

3. Prosedur ringkas Pengambilan Pakaian Akademik:

  • Serah Kad Pengenalan (myKad) untuk semakan maklumat
  • Ambil nombor dan tunggu hingga dipanggil
  • Ambil Kad Pintar - 1 unit
  • Ambil Kad Jemputan Tetamu Graduan – 2 kad
  • Ambil pakaian akademik - 1 set

 

4. Pengambilan Pakaian Akademik menerusi wakil: Sila lengkapkan Surat Kebenaran dan bawa semasa mengambil pakaian akademik.

 

PENTING :

  • Periksa pakaian akademik dan pastikan ia bertepatan dengan program yang diikuti. Sila maklumkan kepada petugas sekiranya terdapat kesilapan pada pakaian akademik yang diterima.
  • Kad Pintar mengandungi maklumat nama Graduan. Sila semak maklumat di Kad Pintar dan sahkan sebutan nama Graduan yang diperdengarkan.
  • SILA BAWA SET PAKAIAN AKADEMIK DAN KAD PINTAR PADA HARI KONVOKESYEN. Graduan yang tidak membawa Kad Pintar tidak akan dibenarkan naik ke pentas.
  • SILA BAWA KAD JEMPUTAN TETAMU GRADUAN. Ahli keluarga yang tidak membawa Kad Jemputan Tetamu tidak akan dibenarkan masuk ke dalam dewan.