Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua pelajar yang telah menamatkan pengajian masing-masing dengan jayanya. Pihak Open University Malaysia (OUM) dengan sukacitanya menjemput anda untuk menghadiri Majlis Konvokesyen ke-14 (MK14) yang akan diadakan pada 8 - 11 Jun 2013 (Sabtu - Selasa) di Dewan Merdeka PWTC, Kuala Lumpur.
Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa anda hanya layak hadir ke MK14 sekiranya:
- Menyempurnakan segala syarat-syarat pengijazahan;
- Tiada bayaran/yuran tertunggak (sila jelaskan tunggakan sebelum Jumaat, 17 Mei 2013 sekiranya ada);
- Memulangkan semua buku yang telah dipinjam; dan
- Membayar Yuran Konvokesyen
__________________________________________________________________________________
Kajian Kementerian Pengajian Tinggi (MOHE)
PENGUMUMAN KEPADA PARA GRADUAN 2012TAHNIAH kepada bakal-bakal graduan OUM Sesi Jun 2013!
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (MOHE) telah
mewujudkan satu sistem Pangkalan Data Profil Graduan Negara. Bagi
merealisasikan tujuan ini, pihak Kementerian telah menyediakan satu sistem
maklumat yang dapat mengukur persepsi graduan terhadap program akademik dan
sistem pengajian di IPT masing-masing di samping mendapatkan maklumat berhubung
dengan employability,
marketability
dan career
progression para graduan masing-masing.
Dimohon semua para graduan OUM (2013) memberikan kerjasama dengan menjawab soal selidik
ini bermula pada 1 Jun 2013.
Setelah selesai menjawab borang soal selidik, sila cetak Slip Pengesahan Kajian
untuk dikemukakan semasa
proses mengambil jubah konvokesyen. Tanpa slip ini, pelajar
akan diminta mengisi soal selidik terlebih dahulu sebelum mengambil jubah, dan
ini pasti akan melambatkan proses pengambilan jubah.
Di atas segala kerjasama dan keprihatinan tuan/puan dalam hal ini, OUM
mengucapkan ribuan terima kasih. Sesungguhnya OUM bangga dengan para graduan
sekalian, dan hubungan baik OUM dengan tuan/puan ahli Alumni akan membawa OUM
ke mercu kecemerlangan.
Nota :
Penjelasan tentang Kajian Pengesanan Graduan
Berikut adalah
langkah-langkah yang perlu dibuat :
- Layari web
http://graduat.mohe.gov.my/skpg2013/
- Pada Log
Masuk sila tekan “klik Di sini
untuk login”
- Pada
bahagian Log Masuk isikan No. Kad
Pengenalan / Pasport / Tentera
- Pada
bahagian Institusi sila pilih IPTS
- Sila pilih
Open University Malaysia
- Seterusnya
sila isikan borang soal selidik secara online
mengikut arahan
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Prof. Madya Dr.
Santhi Raghavan
Pengarah
Pusat
Pengurusan Pelajar
PERINGATAN KEPADA BAKAL GRADUAN KPM 
Kepada bakal graduan tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), sila SEMAK status borang perjanjian anda di myVLE --> myProfile --> Financial --> Sponsorship Status. Hanya pelajar yang berstatus OK OUM atau REJECT OUM sahaja yang TIDAK perlu menghantar salinan Borang Perjanjian Pinjaman Pelajaran KPM ke Bahagian Kewangan dan Perancangan, OUM. Kepada yang masih BELUM menghantar borang Perjanjian Pinjaman Pelajaran KPM, anda dikehendaki memulangkan borang perjanjian yang telah dilengkapkan kepada Bahagian Kewangan dan Perancangan sebelum tarikh konvokesyen. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan skrol dan transkrip ditahan.