Get Adobe Flash player
Laman Utama

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua pelajar yang telah menamatkan pengajian masing-masing dengan jayanya. Pihak Open University Malaysia (OUM) dengan sukacitanya menjemput anda untuk menghadiri Majlis Konvokesyen ke-16 (MK16) yang akan diadakan pada 23 – 24 Ogos 2014 (Sabtu - Ahad) di Dewan Merdeka PWTC, Kuala Lumpur.

Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa anda hanya layak hadir ke MK16 sekiranya:

  • Menyempurnakan segala syarat-syarat pengijazahan;
  • Tiada bayaran/yuran tertunggak (sila jelaskan tunggakan sebelum Jumaat, 1 Ogos 2014 sekiranya ada);
  • Memulangkan semua buku yang telah dipinjam; dan
  • Membayar Yuran Konvokesyen

 

PERINGATAN KEPADA BAKAL GRADUAN KPM

Kepada bakal graduan tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), sila SEMAK status borang perjanjian anda di myVLE --> myProfile --> Financial --> Sponsorship Status. Hanya pelajar yang berstatus OK OUM atau REJECT OUM sahaja yang TIDAK perlu menghantar salinan Borang Perjanjian Pinjaman Pelajaran KPM ke Bahagian Kewangan dan Perancangan Kumpulan, OUM. Kepada yang masih BELUM menghantar borang Perjanjian Pinjaman Pelajaran KPM, anda dikehendaki memulangkan borang perjanjian yang telah dilengkapkan kepada Bahagian Kewangan dan Perancangan sebelum tarikh konvokesyen. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan skrol dan transkrip ditahan.