Kad Jemputan Tetamu Graduan

  1. Setiap Graduan dibenarkan membawa masuk 2 orang tetamu ke dalam dewan. Kad Jemputan (2 keping) akan diedarkan kepada Graduan semasa sesi Pengambilan Pakaian Akademik.

  2. Tetamu Graduan yang lain boleh menyaksikan upacara Majlis Konvokesyen melalui CCTV yang akan disediakan oleh pihak OUM di Aras 5, luar Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur.

  3. Sila pastikan tetamu membawa Kad Jemputan masing-masing semasa menghadiri majlis.

  4. Tetamu hendaklah berpakaian kemas dan sopan serta digalakkan untuk membawa baju sejuk.

  5. Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam Dewan.

  6. Tetamu hanya dibenarkan mengambil gambar/video dari tempat duduk masing-masing sahaja sepanjang majlis berlangsung.

  7. Telefon bimbit mesti dimatikan sepanjang berada di dalam Dewan.

  8. Para tetamu tidak digalakkan keluar Dewan ketika majlis sedang berlangsung.