Tatasusila Majlis

1.   Majlis Konvokesyen adalah majlis rasmi dan semua yang terlibat hendaklah menghormati dan mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan agar majlis dapat dilangsungkan dengan sempurna.

2.   Masa/Tempat Graduan Berkumpul

  • Berkumpul di Anjung Merdeka (sebelah Dewan Merdeka), Aras 4, PWTC, sebelum 7.30 pagi bagi sidang pagi dan 1.30 petang bagi sidang petang;
  • Mengikuti arahan Petugas dalam proses penyusunan Graduan dan berbaris semasa memasuki Dewan Merdeka.

3.   Pakaian Akademik:

  • Semua Graduan dikehendaki memakai pakaian akademik yang terdiri daripada:
    • Jubah
    • Selendang
    • Topi
  • Pakaian akademik hendaklah berada dalam keadaan kemas dan bergosok. Sila rujuk video Pemakaian Pakaian Akademik Universiti untuk panduan.

4.   Pakaian Graduan - Lelaki:

  • Pakaian kebangsaan (bersampin)
  • Lounge suite
  • Kemeja lengan panjang dan bertali leher
  • Seluar panjang (gelap)
  • Kasut kulit dan berwarna gelap.

5.   Pakaian Graduan - Perempuan :

  • Baju Kebangsaan
  • Baju berlengan panjang dan skirt melebihi paras lutut
  • Kasut tertutup (court shoes)
  • Graduan yang bertudung hendaklah memakai tudung dengan kemas
  • Rambut yang panjang hendaklah diikat/disanggul dengan kemas.

6.   Pakaian dilarang

  • Jeans
  • Sandal/Kasut sukan
  • Baju lengan pendek
  • Pakaian kurang sopan dan menjolok mata
  • Skirt pendek atas paras lutut/berbelah terlalu tinggi.

 

7.   Peraturan Dalam Dewan

  • Duduk di tempat yang disediakan
  • Tidak dibenarkan keluar dewan sehingga majlis tamat
  • Tidak dibenarkan membawa kamera
  • Telefon bimbit hendaklah dimatikan atau dalam keadaan "silent mode"
  • Tidak dibenarkan masuk ke dewan sekiranya tidak mematuhi peraturan berpakaian.