Yuran Konvokesyen

YURAN KONVOKESYEN

1. Sekiranya Hadir

  • Bakal Graduan perlu menjelaskan bayaran yuran konvokesyen berjumlah RM 350.00 sebelum  14 April 2017 (Jumaat).
  • Bayaran boleh dibuat terus ke akaun OUM melalui:
  • Perbankan Internet
  • JomPAY: Bayar melalui  JomPAY. (Biller Name: OPEN UNIVERSITY MALAYSIA, Biller Code: 8854, Ref 1: IC Pelajar, Ref 2: ID Pelajar)

Bagi mendapatkan senarai bank, sila layari: www.jompay.com.my

  • CIMB Clicks ( http://www.cimbclicks.com.my/ ) untuk pemegang akaun CIMB Clicks (Pay Bills --> Education --> Open University Malaysia)
  • Maybank2u ( http://www.maybank2u.com.my/ ) untuk pemegang akaun  Maybank2u (Bill Payment --> Make a one-off payment --> Education / Education Loan --> Open University Malaysia)
  • Bankislam.biz ( http://www.bankislam.biz/ ) untuk pemegang akaun Bankislam.biz (Bill Payment --> Education --> Universiti Terbuka Malaysia – UNITEM)
  • myBSN (http://www.mybsn.com.my/) untuk pemegang akaun BSN (Bill Payment à Payment of Fees à OUM)
  • Financial Payment Exchange (FPX) – (via myVLE --> myProfile --> Financial --> Online Payment)

 

  • Mana-mana cawangan BANK ISLAM MALAYSIA BHD (nombor akaun 14041-01-0053385)  atau BANK SIMPANAN NASIONAL GIRO (nombor akaun 1410029000224952). Bayaran melalui ‘Fund Transfer’ adalah tidak dibenarkan.
  • Kad Debit atau Kad Kredit (Visa atau MasterCard) di Bahagian Kewangan & Perancangan, Kampus Induk OUM, atau di Pusat Pembelajaran masing-masing; atau
  • Cek atas nama UNITEM; atau
  • Mesin Deposit Tunai (CDM) dan ‘Auto Teller Machine’ (ATM) di Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja

PENTING : Slip atau Resit Pembayaran hendaklah dibawa bersama sebagai bukti pembayaran semasa Pengambilan Pakaian Akademik.

 

2. Sekiranya Tidak Hadir

   Bakal Graduan perlu menjelaskan bayaran sebanyak RM90.00 untuk pengambilan sijil dan transkrip akademik rasmi secara serahan tangan, manakala bayaran sebanyak RM100 akan dikenakan bagi penghantaran melalui pos.