Kad Jemputan Tetamu untuk Graduan

  1. Setiap Graduan dibenarkan membawa masuk 2 orang tetamu ke dalam dewan. Kad Jemputan (2 keping) akan diedarkan kepada Graduan semasa sesi Pengambilan Pakaian Akademik.
  2. Sila pastikan tetamu membawa Kad Jemputan masing-masing semasa menghadiri majlis.
  3. Tetamu hendaklah berpakaian kemas dan sopan serta digalakkan untuk membawa baju sejuk.
  4. Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam Dewan.
  5. Tetamu hanya dibenarkan mengambil gambar/video dari tempat duduk masing-masing sahaja sepanjang majlis berlangsung.
  6. Telefon bimbit mesti dimatikan sepanjang berada di dalam Dewan.
  7. Para tetamu tidak digalakkan keluar dari Dewan ketika majlis sedang berlangsung.