Transkrip

Sijil Ijazah/Diploma dan Transkrip Akademik Rasmi

1.   Cetakan nama graduan di dokumen seperti yang dinyatakan di atas, adalah berdasarkan rekod graduan sedia ada (seperti tertera di portal myVLE>myProfile). Sebarang pembetulan nama, alamat dan nombor telefon atau emel boleh dibuat melalui myVLE (klik myProfile > edit > save). Pembetulan-pembetulan lain hendaklah melalui pihak Unit Kemasukan dan Rekod  melalui faks ke talian 03-2697 8794 (bersama salinan kad pengenalan) atau emel (scan copy) kepada muhamadomar@oum.edu.my sebelum 22 Julai 2016. Sebarang pembetulan selepas tarikh ini, bayaran akan dikenakan bagi permohonan cetakan semula ijazah dan transkrip akademik.

2.   Sijil Ijazah/Diploma dan Transkrip Akademik akan diedarkan kepada graduan semasa sesi pemulangan pakaian akademik dengan syarat graduan menjelaskan semua bayaran tertunggak dan memulangkan pakaian akademik. Para graduan perlu mengemukakan dokumen pengenalan diri (Kad pengenalan/kad matrik) semasa sesi pengambilan sijil dan transkrip akademik.

3.   Pengambilan Bagi Pihak melalui Wakil (Sila muat turun Borang Pengambilan Sijil dan Transkrip Akademik bagi Pihak).

  • Borang tersebut hendaklah ditandatangani oleh seorang saksi, terdiri daripada pegawai sektor awam berjawatan kumpulan A atau Pesuruhjaya Sumpah.
  • Sila lampirkan salinan dokumen pengenalan diri (pemohon dan wakil) bersama dengan Borang tersebut dan diserahkan kepada petugas OUM.
  • Sila lampirkan salinan resit bayaran bagi graduan yang tidak hadir Majlis Konvokesyen atas kadar RM90.00 seorang
  • Pihak OUM berhak untuk menolak permohonan tersebut jika didapati ianya tidak lengkap.

4.   Penghantaran melalui Poslaju

  • Permohonan penghantaran melalui Poslaju hendaklah melampirkan bersama:

i.     Borang Permohonan Penghantaran Sijil dan Transkrip Akademik (sila muat turun Borang Permohonan Penghantaran Sijil Dan Transkrip Akademik)

ii.     Salinan kad pengenalan

iii.    Salinan resit untuk bayaran bagi graduan yang tidak hadir Majlis Konvokesyen atas kadar RM100.00 seorang.

  • Sijil dan Transkrip Akademik akan diposkan terus ke alamat surat menyurat pemohon menggunakan perkhidmatan Poslaju. Oleh itu, sila pastikan alamat yang betul dan tepat bagi mengelakkan masalah penghantaran.

5.  Pengambilan bagi pihak oleh wakil dan penghantaran melalui pos amat tidak digalakkan atas dasar keselamatan dan kerahsiaan. Selain itu, tiada jaminan yang dokumen ini akan sampai ke tangan graduan. OUM tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan dokumen berkenaan.

6. Graduan dinasihatkan supaya menyimpan sijil ijazah/diploma dengan selamat kerana sijil gantian tidak akan dikeluarkan.