Pengambilan Pakaian Akademik

1. Jadual Pengambilan Pakaian Akademik:

TARIKH MASA NEGERI PENGAMBILAN LOKASI

29 Oktober 2016 (Sabtu)

CUTI DEEPAVALI

30 Oktober 2016 (Ahad)

8.00 pagi – 5.00 petang

Semua Negeri

Graduan Sidang 1 & 2

Bilik Seminar Kenanga dan Dahlia, OUM (Zon D)

31 Oktober 2016 (Isnin)

Graduan Sidang 3 & 4

1 November 2016 (Selasa)

Graduan Sidang 5 & 6

2 November 2016 (Rabu)

Graduan Sidang 7 & 8

 

2. Sila bawa dokumen berikut semasa mengambil pakaian akademik:

  • Kad Pengenalan (myKad)
  • Slip/resit pembayaran
  • Borang Perjanjian Pembiayaan Pendidikan Guru KPM-BPG (kepada yang masih belum menghantar)

3. Prosedur ringkas Pengambilan Pakaian Akademik:

  • Serah Kad Pengenalan (myKad) untuk semakan maklumat
  • Ambil nombor dan tunggu hingga dipanggil
  • Ambil Kad Pintar - 1 unit.
  • Ambil Kad Jemputan Tetamu Graduan - 2 keping.
  • Ambil pakaian akademik - 1 set.

 

4. Pengambilan Pakaian Akademik menerusi wakil:

Sila lengkapkan Surat Kebenaran mulai 29 Ogos 2016.

 

PENTING :

  • Periksa pakaian akademik dan pastikan ia sepadan dengan program yang diikuti. Sila maklumkan kepada petugas sekiranya terdapat kesilapan pada pakaian akademik yang diterima.
  • Kad Pintar mengandungi maklumat nama dan nombor tempat duduk Graduan di dalam dewan. Sila semak maklumat di Kad Pintar dan sahkan sebutan nama Graduan yang diperdengarkan. Graduan yang tidak membawa Kad Pintar tidak akan dibenarkan naik ke pentas.