Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua pelajar yang telah menamatkan pengajian masing-masing dengan jayanya. Pihak Open University Malaysia (OUM) dengan sukacitanya menjemput anda untuk menghadiri Majlis Konvokesyen ke-19 (MK19) yang akan diadakan pada 31 Oktober – 3 November 2016 (Isnin - Khamis) di Dewan Merdeka PWTC, Kuala Lumpur.

Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa anda hanya layak hadir ke MK19 sekiranya:

  • Menyempurnakan segala syarat-syarat pengijazahan;
  • Tiada bayaran/yuran tertunggak (sila jelaskan tunggakan sebelum Jumaat, 7 Oktober 2016 sekiranya ada);
  • Memulangkan semua buku yang telah dipinjam; dan
  • Membayar Yuran Konvokesyen

 

PERINGATAN KEPADA BAKAL GRADUAN KPM/BPG (PENTING!)
Kepada bakal graduan tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM/BPG), sila SEMAK status borang perjanjian anda di myVLE --> myProfile --> Financial --> Sponsorship Status. Kepada yang masih BELUM menghantar borang Perjanjian Pinjaman Pelajaran KPM/BPG, anda dikehendaki memulangkan borang perjanjian yang telah dilengkapkan kepada Bahagian Kewangan dan Perancangan sebelum tarikh konvokesyen. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan skrol dan transkrip ditahan.