Tatasusila Majlis

1. Majlis Konvokesyen adalah majlis rasmi dan semua yang terlibat hendaklah menghormati dan mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan agar majlis dapat dilangsungkan dengan sempurna.

2. Masa/Tempat Graduan Berkumpul

  • Graduan berkumpul di ruang legar berhampiran dewan selewat-lewatnya dua jam sebelum majlis bermula.
  • Mengikuti arahan Petugas dalam proses penyusunan Graduan dan berbaris semasa memasuki dewan.

3. Pakaian Akademik

  • Semua Graduan dikehendaki memakai pakaian akademik yang terdiri daripada:
    • Jubah
    • Selendang
    • Topi
  • Pakaian akademik hendaklah dalam keadaan kemas dan bergosok. Sila rujuk video Pemakaian Pakaian Akademik Universiti sebagai panduan.

4. Pakaian Graduan - Lelaki

  • Pakaian kebangsaan (bersampin)
  • Lounge suite
  • Kemeja lengan panjang dan bertali leher
  • Seluar panjang (gelap)
  • Kasut kulit dan berwarna gelap


​5. Pakaian Graduan – Wanita

  • Baju Kebangsaan
  • Baju berlengan panjang dan skirt melebihi paras lutut
  • Kasut tertutup (court shoes)
  • Graduan yang bertudung hendaklah memakai tudung dengan kemas
  • Rambut yang panjang hendaklah diikat/disanggul dengan kemas

6. Pakaian dilarang

  • Jeans
  • Sandal/Kasut sukan
  • Baju lengan pendek
  • Pakaian kurang sopan dan menjolok mata
  • Skirt pendek atas paras lutut/berbelah terlalu tinggi

7. Peraturan Dalam Dewan

  • Duduk di tempat yang disediakan
  • Tidak dibenarkan keluar dewan sehingga majlis tamat
  • Tidak dibenarkan membawa kamera
  • Telefon bimbit hendaklah dimatikan atau dalam keadaan "silent mode"
  • Tidak dibenarkan masuk ke dewan sekiranya tidak mematuhi peraturan berpakaian