Maklumat Penting

Adalah dimaklumkan bahawa MK23 akan diadakan pada 21 - 22 September 2019 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Berikut adalah perkara-perkara penting untuk perhatian bakal-bakal Graduan:

  • Pelajar Pra-siswazah (Sarjana Muda dan Diploma) yang akan bergraduat ialah mereka yang telah menyempurnakan pengajian sehingga Semester Januari 2019;
  • Pelajar Pasca-siswazah (Sarjana dan Ijazah Kedoktoran) yang telah menyempurnakan pengajian sehingga Semester Januari 2019; DAN
    1. telah menghantar kertas projek selewatnya pada 15 April 2019; ATAU
    2. telah lulus disertasi atau peperiksaan tesis (viva) selewatnya pada 15 April 2019 tanpa sebarang pembetulan; ATAU
    3. telah menghantar pembetulan disertasi/tesis (minor correction) sebelum 15 April 2019.
  • Pengesahan berkaitan status pengijazahan dan sidang boleh disemak di portal MK23 di http://convocation.oum.edu.my/ pada tarikh seperti berikut:

Kategori Pelajar

Tarikh Semakan

Kelayakan Bergraduat

Tamat pengajian semester Mei 2018

Mulai 16 April 2019 secara berperingkat-peringkat.

Tamat pengajian semester September 2018

Mulai 16 Mei 2019 secara berperingkat-peringkat.

Tamat pengajian semester Januari 2019

Mulai 1 Ogos 2019 secara berperingkat-peringkat.

  • Ejaan nama pelajar yang tertera dalam portal MK23 akan dicatatkan dalam sijil ijazah/diploma dan transkrip akademik rasmi. Oleh itu, pelajar diminta menyemak dan memastikan ejaan nama dan nombor matrikulasi adalah betul. Sebarang pindaan perlu dibuat melalui myVLE (klik myProfile) untuk kemaskini sebelum 30 April 2019.
  • Para pelajar juga dinasihatkan merujuk myAcademic Progress di portal myVLE untuk  menentukan status pengajian masing-masing.
  • Graduan hanya diberi peluang sekali sahaja untuk menyertai Majlis Konvokesyen yang mana nama graduan telah tersenarai bagi Majlis Konvokesyen yang berkenaan. Ini bermakna penangguhan tidak dibenarkan.
  • Hanya bakal graduan yang telah melunaskan yuran pengajian serta lain-lain yuran, termasuk yuran konvokesyen akan dibenarkan menyertai Majlis Konvokesyen.
  • Graduan dinasihati supaya sentiasa merujuk portal MK23 untuk mendapatkan maklumat yang terkini dan memuat turun maklumat berkenaan serta mengambil tindakan yang perlu bagi mengelakkan sebarang masalah dan kesulitan.