Kajian Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)

PENGUMUMAN KEPADA PARA GRADUAN 2017

TAHNIAH kepada bakal-bakal graduan OUM Sesi Nov/Dis 2017!

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah mewujudkan satu sistem Pangkalan Data Profil Graduan Negara. Bagi merealisasikan tujuan ini, pihak Kementerian telah menyediakan satu sistem maklumat yang dapat mengukur persepsi graduan terhadap program akademik dan sistem pengajian di IPT masing-masing di samping mendapatkan maklumat berhubung dengan employability, marketability dan career progression para graduan masing-masing.

Dimohon semua para graduan OUM (2017) memberikan kerjasama dengan menjawab soal selidik ini bermula pada 20 November 2017, Isnin.

Setelah selesai menjawab borang soal selidik, graduan haruslah mencetak/print Slip Pengesahan Kajian untuk dikemukakan semasa proses mengambil jubah konvokesyen. Tanpa slip ini, pelajar akan diminta untuk mengisi soal selidik terlebih dahulu di Makmal Komputer OUM sebelum mengambil jubah, dan ini pasti akan melambatkan proses pengambilan jubah.

Untuk makluman, graduan adalah DIWAJIBKAN untuk mengisi soal selidik ini untuk memudahkan urusan pengambilan jubah dan konvokesyen.

Sehubungan itu, di atas segala kerjasama dan keprihatinan tuan/puan dalam hal ini, OUM mengucapkan ribuan terima kasih. Sesungguhnya OUM bangga dengan para graduan sekalian, dan hubungan baik OUM dengan tuan/puan ahli Alumni akan membawa OUM ke mercu kecemerlangan.

Nota :

Penjelasan tentang Kajian Pengesanan Graduan

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dibuat :

  1. Layari web graduan.mohe.gov.my (tanpa tambahan perkataan lain selepas .my)
  2. Pada Log Masuk sila tekan “Log Masuk Graduan”
  3. Di ruang log masuk, sila lengkapkan maklumat seperti berikut;
    • No.KP/Passport: 8800101234
    • Institusi : INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA
    • Nama Institusi : OPEN UNIVERSITY MALAYSIA
  4. Klik Hantar/Submit
  5. Seterusnya sila isikan borang soal selidik secara online mengikut arahan.

Sekian, terima kasih.


Mazuin Binti Omar

Pengarah

Pusat Hal Ehwal Pelajar & Alumni